Malaysia Heboh, Artis Ini Ditegur Ulama dan Diminta Bertobat Gegara Hina Nabi

Abu Syafiq berkata, apa yang dilakukan artis itu dianggap sebagai satu penghinaan kepada Nabi Muhammad dan dia perlu bertobat.

Penulis: Teddy Malaka | Editor: Teddy Malaka
mstar.com
Iqram Dinzly 

BANGKAPOS.COM -- Kasus penistaan agama saat ini sedang menghebohkan publik Malaysia. Seorang aktor bernama Iqram Dinzly dituduh melakukan penghinaan kepada Nabi Muhammad.

Pendakwah Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary menegur tindakan  Iqram Dinzly yang memberi gelaran Che Mat kepada Nabi Muhammad SAW dalam program hiburan Melodi yang bersiaran secara langsung pada Minggu (7/1).

Abu Syafiq berkata, apa yang dilakukan artis itu  dianggap sebagai satu penghinaan kepada Nabi Muhammad dan dia perlu bertobat.

"Kita perlu berhati-hati memberi nama kepada Nabi Muhammad, Allah berfiman dalam Al-Quran, bahwa janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain).

"Itu perkara asas yang mana anak-anak kecil pun tahu tentang itu, bagaimana dia boleh bercakap di televisi secara langsung dengan ditonton oleh semua masyarakat," ujarnya menerusi laman Facebook peribadi miliknya keesokan harinya.

Iqram menjadi tamu pada program Melodi menerusi segmen baru Cerita Sini Habis Sini.

Menerusi segmen yang dikendalikan oleh penerbitnya Michelle Wee itu, Iqram mengungkapkan perasaannya ketika ia dituduh tidak waras akibat video-video aksi pelik yang viral di media sosial.

Dalam pada itu, Abu Syafiq berkata, pihak Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) seharusnya memantau dan mengambil tindakan terhadap pelakon tersebut.

Tambahnya, ia bukan kali pertama kelakuan pelakon itu mempersendakan Islam kerana sebelum ini pernah menconteng kalimah Allah SWT di dahi.

"Sudah tiba masanya Jabatan Agama Islam Perak mengambil tindakan tegas terhadap pelakon ini. Jangan duduk senyap kerana Iqram sudah menghina nama Nabi secara umum," ujarnya.

Bagaimanapun, dia turut berdoa agar pelakon itu diberikan hidayah dan bertaubat atas perbuatan tersebut.

Sementara itu, Iqram menerusi Instagramnya memohon maaf jika pemahaman Abu Syafiq yang mengatakan dia menghina Nabi itu adalah penghinaan persepsi.

Iqram memuat naik status di laman Instagramnya.

Malah, dia menganggap penulisan tersebut juga boleh mencetuskan kontroversi dan menjatuhkan maruah orang dengan meletakkan pandangan sendiri.

"Kepada ustaz ini, maaf sekiranya pemahaman tuan mengata hamba menghina Nabi, hanya perkataan ‘CHE MAT' setelah mengatakan Tok Guru dan diusuli kemudiannya menyebut Nabi Muhammad SAW itu penghinaan persepsi.

Halaman 1/2
Rekomendasi untuk Anda
Ikuti kami di

Berita Terkini

© 2026 TRIBUNnews.com Network,a subsidiary of KG Media.
All Right Reserved