Ternyata Ada Rahasia di Balik Tanggal Lahir, Inilah Maknanya
Tak ada yang mengira kalau angka tanggal lahir ternyata memiliki makna. Tidak hanya itu, ternyata ada juga rahasia
Kelemahan: Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadangkala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang bermulut ‘laser’. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, bisa menyebabkan keretakan dalam suatu hubungan.
Adapun yang perlu dipelajari:
Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu.
Golongan terkenal yang mempunyai nomor 3: Anwar Ibrahim, Wayne Rooney, Christiano Ronaldo, Robinho, Alan Alda, Bill Cosby
* Angka tanggal lahir: 4
Kekuatan: seorang yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.
Kelemahan: Tak suka mengungkapkan perasaan tidak puas hati dalam suatu perkara. Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan suatu perkara. Perlu berhati-hati dalam hubungan dan perkawinan.
Hal yang perlu dipelajari:
Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain. Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
Berterus teranglah dalam sesuatu perkara.
Golongan terkenal yang mempunyai nomor 4: Bill Gates, Alex Ferguson, Margaret Thatcher, Arnold Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
* Angka tanggal lahir: 5
Kekuatan: Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa fokus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistik, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.
Kelemahan: Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam hal hal kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.
* Yang yang perlu dipelajari:
Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil, melihat sesuatu dengan teliti.
Golongan terkenal yang mempunyai nomor 5: Abdullah Ahmad Badawi, Erra Fazira, Aishwarya Rai, Bambang Susilo, Soekarno, Ronaldo, Abraham Lincoln, Britney Spears
* Angka tanggal lahir: 6
Kekuatan: Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor 6 mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor 6 akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak pendamai.
Kelemahan: Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.
Hal yang harus dipelajari:
Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya. Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri. Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6: Luis Felipe Scolari, Rafa Benitez, Warren Buffett, Albert Einstein, Jane Seymour, John Denver